Takkan lagi aku menunggu kau hadir di dalam mimpi-mimpiku puasku mengharapkan dirimu seperti mereka yang punya cinta Diriku tanpa dirimu kau tempuhi penuh bahagia diriku mahu kau tahu pedih ini kau[...]

Hidup perlukan sesuatu Supaya dilihat sentiasa berseri Hidup perlukan sesuatu Supaya perjalanan hidup sentiasa terisi Begitulah keadaan dengan hati Hati juga perlukan sesuatu Supaya hati tidak [...]

Kau ibarat permata di dalam hiasan kaca Yang tak bisa disentuh Namun hanya boleh dipandang Ingin sekali ku sentuh Ingin jua ku memiliki [...]

Imam Ali berkata, “Allah menyayangi orang-orang yang mengetahui kadar dirinya dan tidak melewati batas perjalanannya, menjaga lisannya dan tidak mensia-siakan umurnya” [...]

Warkah Kalau Ada Cinta Sofea Jane Mutiara Cinta

Cinta?


Apa Itu Cinta?
Cinta itu perasaan jiwa semulajadi. Ia adalah fitrah yang menjadi salah satu
sifat manusia. Ia wujud bila hati tertarik kepada yang dicintainya itu penuh
emosi dan gembira kerana itu.

Dalam memenuhi keperluan untuk puas dalam cinta,manusia menghadapi krisis
nilai. Insan yang mula jatuh cinta akan bersungguh untuk mencapai kepuasan dalam
cinta itu. Ada yang menjadi buta dan kabur nilai akibat bercinta. Tapi bagi yang
bijaksana mereka mendambakan cara yang sesuai dan mulia untuk memenuhi keperluan
cintanya itu. Insan sebegini ingin hidup yang bersih dan penuh taqwa.

Sifat Cinta
Cinta itu suci,mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu
sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta.

Cinta Wujud Sejak Dilahirkan
Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia
sejak manusia itu lahir ke dunia. Cuma manusia akan melalui tahap-tahap
kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu,membawa kepada cinta
kepadakekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci,maka akan cinta
kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta
sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.

Cinta Bersedia
Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta,maka Tuhan
menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu.Pada mulanya jiwa itu
bersedia menerima cinta,lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan
dikasihi. Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami. Setia untuk
dipertanggungjawapkan kerana cinta. Sedia untuk menyerah diri pada yang
dicintai.

Cinta Itu Indah
Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat,tetapi cinta
itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng.Bukan saja ia
cantik malah suci murni,bercahaya gemerlap dan putih bersih.

Cinta Itu Mengharap Balasan
Cinta antara manusia itu berkehendak kepada
jodoh atau pasangan,dari diri yang punya persamaan,dari diri yang asalnya
satu.Bila dapat yang dicari, bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang
paling sesuai dan secucuk dengan jiwanya,untuk bersatu kembali. Kehendak itu
timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi
juga menerima.

Cinta Itu Menakluki
Sifat cinta itu ingin menguasai. Dia mahu yang
dikasihinya itu hanya khusus untuk dirinya. Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan
orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai. Tapi,dalam pada
ingin menakluki,ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.

Cinta Itu Mengetahui
Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang
yang bercinta tahu siapa yang patut dicintainya. Cinta tidak perlu
bertanya.Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang
cinta. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Tapi,cinta cuma tahu bercinta.Ia
tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.

Cinta Itu Hidup
Cinta adalah ibarat manusia,boleh berputik,lalu mekar
serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar
cinta,berkata cinta,melihat cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang,
benci,cemburu,gembira,sedih,tenang,tertekan,ketawa dan menangis. Cinta itu hidup
sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu
kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.

Cinta Itu Suci
Sebagaimana yang banyak dikatakan orang,cinta itu suci.
Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan
cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah
sifat asal cinta,ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti
cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci
bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan.Kerana nafsulah
cinta suci jadi bernoda dan berdosa.

Cinta Itu Mempesona
Cinta itu bukan saja indah,tapi mempersonakan. Ia
bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih. Ia adalah
sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel dan bersih. Dia senyum pada
anda dan merapati anda. Anda terpesona kerana bukan saja ianya comel,tapi kerana
dia adalah insan yang tidak berdosa. Kerana sifat cinta yang mempersona ini
selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta.Apa saja yang dilakukan oleh
kekasihnya…mempersonakannya dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah
satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri. Itulah juga yang menyebabkan orang
yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana,akan menjadi bodoh kerana
pesona cinta. Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu.Nafsu itu tidak bisa
dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.

Apakah itu Bukti Cinta?
Cinta perlukan bukti. Ramai orang percaya bahawa
bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih anda
mahu.Mereka percaya jika itu tidak berlaku,maka cinta itu tidak tinggi
nilainya.

Sebenarnya anggapan itu tidak tepat. Jika anda beri semua yang dia
mahu,apakah yang tinggal pada anda? Benarkah dia cinta pada anda bila dia
mahukan pengorbanan anda?

Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai.
Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta
itu sendiri

“Janganlah hendaknya kecintaan anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda
menjadi lupa dan kebencian anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi
hancur”
- Saidina Umar Ibnul Khattab – >

Share this post:

Digg it StumbleUpon del.icio.us Google Yahoo! reddit
 
Copyright 2010 Warkah untuk ...